KEM RAMADAN

Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Ke-2
Kem Ramadan Yeo’s 2016

Sertailah Kem Ramadan Yeo’s 2016

Bulan Ramadan tiba lagi! Bulan ini ternyata dinanti-nantikan oleh seluruh muslimin dan muslimah kerana inilah waktu paling istimewa untuk beramal. Sebagai pelopor minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) turut sama memanfaatkan bulan penuh kemuliaan ini dengan menyeru serta menggalakkan seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal untuk membuat kebajikan dengan memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Antara bintang-bintang terkenal yang akan tampil di Kem Ramadan Yeo’s 2016 kali ini termasuklah Shukri Yahya, Kaka Azraff, AG, Heliza Helmi, Faizdickie dan Feeya Iskandar.

Kem Ramadan tahun-tahun lepas telah menampakkan para peserta begitu bersemangat untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Dengan itu, Yeo’s sekali lagi mengajak rakyat Malaysia, tidak kira latarbelakang, bangsa, etnik dan agama, untuk menyertai Kem Ramadan Yeo’s 2016 bersama merasai sehari berpuasa dan beramal bersama bintang musim ke-2 ini.

Marilah beramal bersama kita dengan Yeo’s Ramadan ini dan rasailah kelainan daripada Kem Ramadan Yeo’s 2016 kali ini.

Ceria Ria Beramal Bersama Bintang ~ !

Maklumat Program

TARIKH : 25 Jun 2016 (Sabtu)
TEMPAT : Dewan IM4U, IM4U Sentral, Taman Perindustrian Puchong
MASA : 8.30am – 8.00pm

Lokasi

Dewan IM4U, IM4U Sentral,
Jalan TPP 1/7,
Taman Perindustrian Puchong, 47100, Selangor.

Caranya mudah sahaja :

  1. LRT – Stesen Perindustrian Puchong
  2. Memandu – Tempat Letak Kereta Disediakan

KLIK DI SINI