TERMA & SYARAT

Terma & Syarat

Peraduan Yeo’s Ceria Ria Beramal bersama Bintang dan Menang sehingga RM58,000 Duit Raya

Penganjur Dan Kelayakan

  1. Peraduan Yeo’s Ceria Ria Beramal bersama Bintang dan Menang sehingga RM58,000 Duit Raya (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd (“Penganjur”).
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan 1.3 di bawah. Bagi warga Malaysia yang berumur bawah 18 tahun, kebenaran daripada penjaga mereka yang sah hendaklah diperolehi terlebih dahulu (“Peserta Layak”).
  3. Mereka yang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
    1. Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau
    2. Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).

Tempoh

  1. Peraduan ini akan bermula dari 1 Mei 2016 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 25 Jun 2016 pukul 6.30 petang (“Tempoh Peraduan”). Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.

Cara Menyertai

  1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-
    1. Langkah 1:
      Beli mana-mana minuman Yeo’s (Yeogurt, Soya, Laici, Teh Krisantimun atau Kundur Yeo’s) yang diwakili oleh pasukan selebriti anda dalam Tetra Pak 250ml, Tetra Pak 1L, CD300ml, PET350ml, PET500ml & PET1.5L (“Produk Yeo’s) menggunakan Resit Rasmi kedai yang mempunyai nama produk Yeo’s dan kuantiti dicetak dengan jelas.
      Setiap pek/botol adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan dan 1 mata derma.
    2. Langkah 2:
      Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada Produk Yeo’s, Bahan-Bahan POS atau dengan menambah ID WeChat: YeosMalaysia
    3. Langkah 3:
      Lampirkan sekeping foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan jumlah pek/botol yang telah dibeli dan hantarkan melalui Akaun Rasmi WeChatYeo’s Malaysia.
      Setiap kuantiti Produk Yeo’s perlu diasing dengan jelas kerana setiap produk mewakili satu pasukan/rumah kebajikan yang berlainan.
      1. Pasukan Yeogurt Yeo’s diwakili oleh Kaka Azraff & Shukri Yahaya
      2. Pasukan Kundur/ Teh Krisantimum Yeo’s diwakili oleh Feeya Iskandar & Faizdickie
      3. Pasukan Laici/Soya Yeo’s diwakili oleh Heliza Helmi & AG
      Contoh:-
      Laici Yeo’s 10 pek/botol (bersamaan dengan 10 penyertaan peraduan dan 10 nilai derma bagi Pasukan Laici)
      Yogurt Yeo’s 50 pek/botol ( bersamaan dengan 50 penyertaan peraduan dan 50 nilai derma bagi Pasukan Yogurt)
      Pengiriman foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
      1. Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas kuantiti pembelian Produk Yeo’s dan nombor Resit Rasmi. Resit yang berlipat tidak akan diterima.

      2. Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
    4. Langkah 4:
      Apabila penyertaan berjaya diterima, Peserta Layak akan menerima satu pemberitahuan rasmi daripada WeChat Yeo’s Malaysia dan beliau hendaklah menjawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan semasa Tempoh Peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.
    5. Langkah 5:
      Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.
  2. Peserta Yang Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pek yang tercatat pada setiap resit. Setiap pek yang dihantar adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, 10 pek/botol = 10 penyertaan peraduan dan = 10 nilai derma).
  3. Mekanisma Pendermaan
  4. Tahap Jumlah nilai derma yang terkumpul di akhir kempen Duit Raya untuk Rumah Kebajikan
    Tahap 1 50,000 – 99,999 mata RM3,000
    Tahap 2 100,000 – 249,999 mata RM5,000
    Tahap 3 250,000 &lebihmata RM10,000

    Pasukan dengan jumlah mata terkumpul paling tinggi di akhir Tempoh Peraduan akan turut memenangi tambahan RM10,000 duit raya untuk rumah kebajikan yang mereka wakili

Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

  1. Semua pemenang untuk Hadiah Harian dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan jawapan akan disemak. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.
  2. Para pemenang akan menerima yang berikut:-
    1. Cabutan Mingguan
      10 hadiah bagi setiap Cabutan Mingguan

      10 x RM500

      Jumlah hadiah bagi Peraduan untuk tempoh selama 8 minggu:

      80 x RM500

      Cabutan Utama

      1 x Hadiah Pertama: RM10,000

      1 x Hadiah Kedua: RM5,000

      1 x Hadiah Ketiga: RM3,000

    2. Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan adalah layak untuk cabutan Hadiah Utama.

  3. Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui WeChat pada atau sebelum 6.30 petang pada setiap hari peraduan semasa Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Harian dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan/disiarkan selepas 12.00 petang hari bekerja yang berikutnya melalui:
    1. Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
    2. Laman Web Yeo’s
    3. Akaun Facebook Yeo’s dan Justea

    Bagi hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan sebarang Hari Cuti Umum (selama tempoh peraduan), pengumuman keputusan akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.

  4. Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui WeChat untuk urusan pengambilan hadiah, yang tertakluk kepada yang berikut:-
    1. Semua pemenang hendaklah menunjukkan foto Resit Rasmi yang dihantar untuk Peraduan ini sebagai bukti pembelian bagi tujuan pengesahan semasa mengambil hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan tersebut akan dibatalkan.
    2. Bagi pemenang yang berumur bawah 18 tahun, pengambilan hadiah hendaklah ditemani oleh penjaga sah mereka.
    3. Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan daripada pejabat Penganjur di alamat No.7, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan selepas tempoh 30 hari.
  5. Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual untuk mendapat tunai, kredit, lain-lain item atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
  6. Peserta Layak dan/atau para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penggunaan hadiah yang dimenangi dan/atau pengambilan hadiah mereka. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos yang lain dan/atau sebarang perbelanjaan lain yang berkaitan yang ditanggung kerana menyertai Peraduan ini dan/atau ketika menebus hadiah, adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta Yang Layak dan para pemenang.
  7. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Peraduan.
  8. Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu dan agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangantidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta Layak bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

Hak Penganjur

  1. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Penganjur dan Peserta Layak tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Yang Layak bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta Yang Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan fotoyang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Peserta Yang Layak tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Layak adalah dianggap telah membaca, memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sepertimana bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.
  3. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan,kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
  4. Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahan peruntukan yang lain).
  5. Setiap Peserta Layak bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami Terma dan Syarat ini dan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini, setiap Peserta Layak bersetuju untuk menyertai/berhubung dengan “Pengurus WeChat”. Sebarang pertanyaan bersabit peraduan yang berkaitan dengan WeChat akan dihubungkan kepada “Pengurus WeChat”.
  6. Terma dan Syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang -undang Malaysia.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”)

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, semua pemenang Peraduan bersetuju dengan penggunaan data peribadi mereka oleh pihak Penganjur terhadap pengendalian Peraduan dan bagi apa-apa proses atau publisiti Peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa media.
  2. Semua pemenang mengakui penerimaan Notis PDPA oleh Penganjur adalah seperti berikut:

(NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, adalah terpakai terhadap YEO HIAP SENG TRADING SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “YHS”, “kami” atau “kita”) sebagai pengguna data. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di dalam PDPA.

  1. Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak YHS.
  2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, pekerjaan, alamat e-mel, butiran akaun bank dan sebarang butiran-butiran lain anda, yang diberikan oleh anda dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 Notis ini atau sebaliknya termasuklah sebarang butiran-butiran lain yang berkaitan dengannya.
  3. 3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuklah sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”):
    • mengendalikan Peraduan di atas;
    • mengumumkan atau menghebahkan Peraduan tersebut atau pemenang Peraduan tersebut; atau bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
  4. Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang terkandung di dalam dokumentasi yang anda berikan kepada kami, semua borang permohonan/pendaftaran yang diminta anda lengkapkan, serta maklumat-maklumat lain tentang diri anda yang kami perolehi dari komunikasi lisan atau bertulis antara kita.
  5. Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
    Jawatan Individu Yang Perlu Dihubungi: Pengurus Peraduan
    No. Telefon: 03-7787 3773
    Alamat e-mel: peraduanyeos@yeos.com
    Selaras dengan PDPA, kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang kengganan kami berserta alasan-alasan terhadap kengganan kami.
  6. Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat berkaitan di bawah YHS (“YHS Group”) dan semua jabatan dan/atau agensi kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun jika diminta oleh mereka, juru audit kami, bank-bank kami, rakan-rakan perniagaan dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan dan sebarang pihak ketiga yang lain yang mana anda telah minta atau memberikan kuasa kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas atau sebarang tujuan-tujuan yang mana data peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulannya atau untuk tujuan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
  7. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
  8. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  9. Jika anda gagal untuk memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak boleh memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan dan dalam perkara berkaitan dengan permohonan anda dengan kami, kami mungkin tidak dapat untuk mempertimbangkan permohonan anda.
  10. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.