FAQ

Penganjur:
logo

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Gambar hanya untuk ilustrasi sahaja.
FAQ
  1. Bagaimanakah cara untuk saya menyertai Peraduan Yeo’s Cintan CNY Reunion?
    1. Langkah 1:
      Beli mana-mana produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan
      berjumlah RM8.00 dan ke atas dengan Resit Rasmi kedai.

      Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama produk Yeo’s / Cintan dan nilai dicetak
      dengan jelas yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

      Satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan sahaja.

    2. Langkah 2:
      Buka aplikasi WhatsApp anda, muatnaik gambar Resit Rasmi kedai dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi)
      Pelampiran gambar hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
      i.) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti pembelian produk dan jumlah pembelian produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.

      ii.) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
    3. Langkah 3:
      Hantar ke nombor telefon 012-2124873.
      Peserta akan menerima satu mesej melalui WhatsApp dari pihak penganjur dalam 1 hingga 3 hari
      bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
    4. Langkah 4:
      Simpan Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.
  2. Adakah saya perlu menyimpan pek//tin/resit bagi tujuan pengesahan/bukti pembelian?
    Tidak, anda hanya perlu menyimpan Resit Rasmi kedai dan gambar Resit Rasmi kedai sebagai
    bukti pembelian.
  3. Bilakah tarikh tutup untuk menyertai peraduan?
    Tempoh peraduan ialah dari 26 November 2016 hingga 3 Februari 2017. Semua penyertaan peraduan hendaklah dihantar melalui aplikasi WhatsApp sepanjang tempoh peraduan.
  4. Berapakah jumlah penyertaan yang boleh dihantar?
    Anda boleh menghantar penyertaan sebanyak mana anda suka.
    SATU (1) resit adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
  5. Berapa banyak hadiah yang layak saya menangi sepanjang tempoh peraduan ini?
    Anda boleh memenangi pelbagai hadiah sepanjang tempoh peraduan ini.
  6. Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya ialah pemenangnya?
    Senarai pemenang akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut:-
    i.) WhatsApp
    ii.) Laman Web Yeo’s Cintan CNY Reunion (http://www.yeos.com.my/cnyreunion/index.html)
    iii.) Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
    iv.) Akaun Facebook Yeo’s Malaysia
  7. Bagaimanakah cara pemenang dipilih?
    i.) Semua penyertaan bagi peraduan ini dipilih melalui sistem rawak komputer untuk
    menentukan para pemenang.

    ii.) Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab
    satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya
    pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul,
    pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya.

    iii.) Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

  8. Bolehkah gambar tersebut ditambah baik atau dimanipulasi?
    Gambar yang dihantar tidak boleh dimanipulasi atau ditambah baik dalam apa cara sekalipun.
  9. Bagaimanakah saya menanya sebarang soalan atau maklum balas?
    Sila hubungi:-
    Tel: 03-7787 3559 (waktu bekerja Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.00 ptg, kecuali hujung minggu dan cuti umum).
  10. Berapa banyak hadiah yang boleh saya menangi setiap minggu?
    Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu hadiah dalam seminggu.
  11. Mengapakah saya perlu mengisi nama (seperti dalam Kad Pengenalan) dan Nombor Kad
    Pengenalan saya?

    Untuk tujuan pengesahan hadiah.
  12. Apakah yang perlu saya tunjukkan apabila saya datang mengambil hadiah?
    Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan Resit Rasmi yang terpilih sebagai bukti pembelian.
  13. Bolehkah saya menghantar wakil bagi pihak saya jika saya tidak dapat hadir untuk
    menuntut hadiah?

    Ya, anda boleh tetapi anda perlu menyediakan kepada kami surat kebenaran dengan Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon wakil tersebut. Wakil juga perlu membawa satu salinan Kad Pengenalan anda dan Resit Rasmi yang terpilih sebagai bukti kemenangan.