Terma & Syarat

Penganjur:
logo

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Gambar hanya untuk ilustrasi sahaja.
Terma & Syarat
  1. Penganjur Dan Kelayakan
    1. Peraduan “Yeo’s Cintan CNY Reunion” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd (“Penganjur”).
    2. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja berumur 18 tahun ke atas pada 26 November 2016, kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan 1.3 di bawah.
    3. Mereka yang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
      1. Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau
      2. Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).
  2. Tempoh
    1. Peraduan ini akan bermula dari 26 November 2016 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 3 Februari 2017 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”). Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.
  3. Cara Menyertai
    1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-
    2. Langkah 1:
      Beli mana-mana produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan
      berjumlah RM8.00 dan ke atas dengan Resit Rasmi kedai.

      Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama produk Yeo’s / Cintan dan nilai dicetak
      dengan jelas yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

      Satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan sahaja.
      Langkah 2:
      Buka aplikasi WhatsApp anda, muatnaik gambar Resit Rasmi kedai dan taip (Nama Penuh,
      Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi)
      Pelampiran gambar hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
      i.) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti pembelian produk dan jumlah pembelian produk makanan dalam tin Yeo’s, sos Yeo’s (kicap/taucu) dan/atau Mi Cintan. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
      ii.) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
      Langkah 3:
      Hantar ke nombor telefon 012-2124873.

      Peserta akan menerima satu mesej melalui WhatsApp dari pihak Penganjur dalam 1 hingga 3 hari
      bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
      Langkah 4:
      Simpan Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan.

    3. Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah resit yang dihantar. Setiap resit yang dihantar adalah bersamaan dengan satu penyertaan.
  4. Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan
    1. Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.
    2. Para pemenang akan menerima yang berikut:-
    3. Cabutan Mingguan

      Hadiah Mingguan
      8 x RM100 Baucar Makanan

      Jadual Cabutan Mingguan

      Minggu 1 – 26 November 2016 ke 2 Disember 2016
      Minggu 2 – 3 Disember 2016 ke 9 Disember 2016
      Minggu 3 – 10 Disember 2016 ke 16 Disember 2016
      Minggu 4 – 17 Disember 2016 ke 23 Disember 2016
      Minggu 5 – 24 Disember 2016 ke 30 Disember 2016
      Minggu 6 – 31 Disember 2016 ke 6 Januari 2017
      Minggu 7 – 7 Januari 2017 ke 13 Januari 2017
      Minggu 8 – 14 Januari 2017 ke 20 Januari 2017
      Minggu 9 – 21 Januari 2017 ke 27 Januari 2017
      Minggu 10 – 28 Januari 2017 ke 3 Februari 2017

      Cabutan Utama

      Hadiah Utama
      3 x RM2,388 Set Menu Tahun Baru Cina

      Hadiah Saguhati
      8 x RM688 Baucar Makanan

      Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

    4. Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui aplikasi WhatsApp sepanjang Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu mengikut kaedah yang berikut:-
      i.) WhatsApp
      ii.) Laman Web Yeo’s Cintan CNY Reunion (http://www.yeos.com.my/cnyreunion/index.html)
      iii.) Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
      iv.) Akaun Facebook Yeo’s Malaysia
    5. Para pemenang Peraduan akan diberitahu melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-

      i.) Semua pemenang hendaklah menunjukkan gambar Resit Rasmi yang telah dihantar sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini, beserta satu salinan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan untuk pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan akan dibatalkan.

      ii.) Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari daripada tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

    6. Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual untuk mendapat tunai, kredit, lain-lain item atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
    7. Peserta Layak dan/atau para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penggunaan hadiah yang dimenangi dan/atau pengambilan hadiah mereka. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos yang lain dan/atau sebarang perbelanjaan lain yang berkaitan yang ditanggung kerana menyertai Peraduan ini dan/atau ketika menebus hadiah, adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta Layak dan para pemenang.
    8. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Peraduan.
    9. Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.
  5. Liabiliti & Tanggungjawab
    1. Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu dan agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangantidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
    2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta Layak bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.
  6. Hak Penganjur
    1. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Penganjur dan Peserta Layak tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Layak bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan gambar yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Peserta Layak tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
    2. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta Layak adalah dianggap telah membaca, memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sepertimana bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.
    3. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan,kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
    4. Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahan peruntukan yang lain).
    5. Setiap Peserta Layak bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami Terma dan Syarat ini dan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.
    6. Terma dan Syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.
  7. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”)
    1. Dengan menyertai Peraduan ini semua pemenang bersetuju dengan pihak Penganjur untuk menggunakan data peribadi anda untuk mengendalikan Peraduan ini dan sebarang acara atau publisiti Peraduan dalam sebarang situasi atau melalui sebarang media.
    2. Semua pemenang mengesahkan penerimaan Notis PDPA oleh Penganjur seperti berikut:

    (NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010)

    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, adalah terpakai terhadap YEO HIAP SENG TRADING SDN BHD (selepas ini disebut sebagai “YHS”, “kami” atau “kita”) sebagai pengguna data. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di dalam PDPA.

    1. Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak YHS.
    2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, pekerjaan, alamat e-mel, butiran akaun bank dan sebarang butiran-butiran lain anda, yang diberikan oleh anda dalam dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 Notis ini atau sebaliknya termasuklah sebarang butiran-butiran lain yang berkaitan dengannya.
    3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuklah sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”):
      • mengendalikan Peraduan di atas;
      • mengumumkan atau menghebahkan Peraduan tersebut atau pemenang Peraduan tersebut; atau
      • apa-apa aktiviti pemasaran atau promosi YHS sama ada atau tidak berkaitan dengan Peraduan
      • bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
    4. Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang terkandung di dalam dokumentasi yang anda berikan kepada kami, semua borang permohonan/pendaftaran yang diminta anda lengkapkan, serta maklumat-maklumat lain tentang diri anda yang kami perolehi dari komunikasi lisan atau bertulis antara kita.
    5. Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
      Jawatan Individu Yang Perlu Dihubungi: Pengurus Peraduan
      No. Telefon: 03-7787 3559

      Selaras dengan PDPA, kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang kengganan kami berserta alasan-alasan terhadap kengganan kami.

    6. Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat berkaitan di bawah YHS (“YHS Group”) dan semua jabatan dan/atau agensi kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun jika diminta oleh mereka, juru audit kami, bank-bank kami, rakan-rakan perniagaan dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan dan sebarang pihak ketiga yang lain yang mana anda telah minta atau memberikan kuasa kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas atau sebarang tujuan-tujuan yang mana data peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulannya atau untuk tujuan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
    7. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
    8. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
    9. Jika anda gagal untuk memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak boleh memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan dan dalam perkara berkaitan dengan permohonan anda dengan kami, kami mungkin tidak dapat untuk mempertimbangkan permohonan anda.
    10. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Malaysia akan digunakan.