Terma & Syarat Penyertaan

Peraduan Yeo’s I Love Malaysia
Terma & Syarat

Penganjur Dan Kelayakan

  1. Peraduan “Yeo’s I Love Malaysia” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd (“Penganjur”).
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja yang berusia 18 tahun ke atas pada 28 Julai 2016, kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan 1.3 di bawah.
  3. Mereka yang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
    1. Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau
    2. Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).

Tempoh

  1. Peraduan ini akan bermula dari 28 Julai 2016 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 29 October 2016 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”). Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.

Cara Menyertai

  1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

    Langkah 1:
    Beli mana-mana makanan atau minuman Yeogurt, Yeo’s, Justea, SoyRich dan/atau Cintan
    (“Produk Yeo’s) bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi. Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama produk Yeo’s dan nilai dicetak dengan jelas yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.
    Pembelian berjumlah RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.

    Langkah 2:
    Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada Produk Yeo’s, Bahan-Bahan POS atau dengan menambah ID WeChat: YeosMalaysia

    Langkah 3:
    Lampirkan foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan nilai pembelian and jumlah bilangan pek/tin/botol yang telah dibeli dan hantarkan melalui Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Setiap kuantiti Produk Yeogurt, Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan perlu diasing dengan jelas mengikut produk kategorinya. Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

    1. Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas nilai dan kuantiti pembelian Produk Yeogurt, Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan dan nombor Resit Rasmi. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
    2. Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

    Langkah 4:
    Apabila penyertaan berjaya diterima, Peserta Layak hendaklah menjawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan semasa Tempoh Peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.

    Langkah 5:
    Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.

  2. Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada nilai pembelian Produk Yeo’s yang tercatat pada setiap resit. Setiap pembelian bernilai RM 5.00 di dalam satu Resit Rasmi adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, RM 10.00 = 2 penyertaan peraduan)

Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

  1. Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan jawapan akan disemak. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.
  2. Para pemenang akan menerima yang berikut:-
    Cabutan Mingguan
    Hadiah Mingguan
    10 x Wang Tunai RM 300.00

    Jadual Cabutan Mingguan
    Minggu 1 – 28 Julai 2016 to 5 Ogos 2016
    Minggu 2 – 6 Ogos 2016 to 12 Ogos 2016
    Minggu 3 – 13 Ogos 2016 to 19 Ogos 2016
    Minggu 4 – 20 Ogos 2016 to 26 Ogos 2016
    Minggu 5 – 27 Ogos 2016 to 2 September 2016
    Minggu 6 – 3 September 2016 to 9 September 2016
    Minggu 7 – 10 September 2016 to 16 September 2016
    Minggu 8 – 17 September 2016 to 23 September 2016
    Minggu 9 – 24 September 2016 to 30 September 2016
    Minggu 10 – 1 Oktober – 7 Oktober 2016
    Minggu 11 – 8 Oktober – 14 Oktober 2016
    Minggu 12 – 15 Oktober – 21 Oktober 2016
    Minggu 13 – 22 Oktober – 29 Oktober 2016

    Cabutan Utama
    Hadiah Utama:
    1 x Wang Tunai RM 10,000.00 + 1 x Drone (bernilai RM 1,000.00)

    Hadiah Pertama:
    1 x Wang Tunai RM5,000.00

    Hadiah Kedua:
    2 x Wang Tunai RM 2,000.00

    Hadiah Ketiga:
    3 x Wang Tunai RM 1,000.00

    Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.

  3. Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui WeChat pada atau sebelum 6.30 petang pada setiap hari peraduan semasa Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan/disiarkan selepas 12.00 tengahari pada hari bekerja yang berikutnya melalui:
    1. Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
    2. Laman Web Yeo’s
    3. Akaun Facebook Yeo’s

    Bagi hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan sebarang Hari Cuti Umum (selama tempoh peraduan), pengumuman keputusan akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.


Seterus