Yeo’s dan BH-Didik Melancarkan Pertandingan Pengucapan Berirama Kreatif ‘Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt’

100 Buah Sekolah Rendah Terpilih Turut Menerima Tajaan 100,000 Naskhah BH Dengan Sisipan DIDIK

23 March 2016, KUALA LUMPUR… Memegang erat dalam misi membentuk generasi yang berdaya intelek juga berdaya kreativiti yang tinggi, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) dan Berita Harian (BH) melalui sisipan Didik, melancarkan Pertandingan Pengucapan Berirama Kreatif Yeo’s Yeogurt dan BH 2016 (Dwibahasa) dengan tema ‘Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt’ atau ‘Healthy Lifestyle with Yeo’s Yeogurt’ di Sekolah Kebangsaan Hisamuddin Alam Shah, hari ini.

Kerjasama utuh Yeo’s bersama BH-Didik selama lima tahun berturut dalam memberi cabaran kepada murid-murid sekolah diwarnai dengan kelainan tahun ini melalui pertandingan yang mencabar bakat serta kreativiti mereka di dalam penguasaan berbahasa irama. Bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt’, pertandingan bicara berirama kreatif atau dikenali sebagai ‘choral speaking’ ini menguji para murid terhadap tahap penguasaan serta penggunaan bahasa melayu atau Inggeris yang lancar. Intipati pengucapan berirama bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt’ juga seiring dengan saranan kerajaan dalam menuju ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

Majlis pelancaran Cabaran Rekacipta Mural Kitar Semula Yeo’s Yeogurt dan BH ini dirasmikan oleh Pn. Rozainum Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia, En. Lee Hon Seng, Pengurus Besar Kanan Komersial-Yeo’s Malaysia & Indonesia, En. Vincent Chui, Pengurus Besar, Pemasaran Yeo’s, En. Law Hun Ley, Pengurus Besar Jabatan Jualan Akhbar & Pengedaran, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Pn. Fadzlena Jafar, Pengarang Pendidikan BH dan Pn. Sabariah Ali selaku Guru Besar SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, KL.

“Murid-murid diberi cabaran untuk melakukan kelainan menerusi pengucapan berirama ini adalah bertujuan memberi variasi kepada daya intelek, bahasa juga kreativiti mereka. Dengan tema, “Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Yeogurt”, kami berharap intipati yang disampaikan adalah positif serta menyebarkan perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesedaran amalan hidup sihat,” kata En. Ong Chay Seng.

“Kelancaran jadual seharian adalah berpunca dari amalan gaya hidup sihat. Bertepatan dengan itu, Yeo’s Yeogurt dirumus bagi membantu sistem penghadamanan berfungsi dengan lebih baik dan menepati kehendak masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Yeo’s Yeogurt ini diperkayakan dengan susu dan asid laktik dengan keunikan tersendiri di mana tidak perlu disejukkan dan kekal segar walaupun dalam suhu bilik. Kini, Yeo’s Yeogurt merupakan kegemaran murid-murid untuk sarapan pagi dan waktu mengalas perut,” ujar Ong.

Yeo’s turut berusaha meneruskan initiatif dalam memupuk dan menyemai budaya membaca di kalangan murid dan warga sekolah dengan penajaan 100,000 naskhah akhbar BH dengan sisipan Didik kepada 100 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia.

Hadiah menarik menanti bakal pemenang sekolah dengan Hadiah Utama akan menerima RM 3,000 manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM 2,000 dan RM1,000 beserta 50 karton Yeo’s Yeogurt dan Sijil Kecemerlangan. Manakala, tujuh pemenang saguhati bakal menerima wang tunai bernilai RM500 beserta 20 karton Yeo’s Yeogurt dan Sijil Kecemerlangan. Selain itu, 3 Anugerah Cemerlang, iaitu Anugerah dengan Lirik Terbaik, Anugerah dengan Kumpulan Paling Kreatif dan Anugerah Semangat Berpasukan Terbaik, bakal membawa pulang wang tunai RM 500 setiapnya. Bertambah meriah lagi, anugerah ‘Most Shared’ disediakan dengan tujuan supaya hasil usaha sekolah dalam memperkenalkan gaya hidup sihat dapat dikongsikan kepada khalayak ramai melalui media sosial. Hadiah menarik bagi anugerah ini adalah RM 1,000.

“Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan menerusi pertandingan ini adalah diharap dapat digunakan dalam meneruskan aktiviti-aktiviti di sekolah dalam mempelbagaikan sesi pembelajaran dan kegiatan ko-kurikulum agar murid-murid sentiasa segar dalam bereksperimentasi dan mengembangkan daya intelek dan daya kreativiti mereka,” tambah Ong lagi.

Encik Law Hun Ley yang turut ditemui pada majlis tersebut berkata, “Pertandingan Pengucapan Berirama Kreatif Yeo’s Yeogurt & BH ini dianjurkan bukan sahaja untuk memberi peluang pelajar-pelajar menyampaikan mesej amalan gaya hidup sihat mereka dengan sekreatif yang mungkin, malah diharapkan dapat membina keyakinan diri pelajar ketika berhadapan khalayak ramai. Kemahiran sebegini bukan boleh dipelajari secara teori tetapi melalui pendedahan secara praktikal”.

Pertandingan Pengucapan Berirama Kreatif Yeo’s Yeogurt dan BH 2016 (Dwibahasa) yang dianjurkan ini diadakan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan akan bermula dari 21 Mac hingga 13 Mei 2016. Borang penyertaan boleh didapati di dalam akhbar BH melalui sisipan Didik dan laman web Yeo’s www.yeos.com.my. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh hubungi Puan Syikin atau Puan Jaharah di talian 03 -2056 9568 atau 03-2056 7108.

Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia, En Ong Chay Seng (barisan belakang, ketiga dari kiri), Guru Besar SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pn. Sabariah Ali (barisan depan, kedua dari kiri), Pangarah Bahagian Ko-Kurikulum & Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia, Pn Rozainum Ahmad (barisan depan, kiri), Pengurus Besar Jabatan Jualan Akhbar & Pengedaran, The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad, En. Law Hun Ley (barisan depan, kedua dari kanan) dan pelajar semasa Majlis Perasmian Pengucapan Berirama Kreatif di Kuala Lumpur semalam.

1.-Penyerahan-Tajaan-Akhbar-Kepada-Guru-Besar-SK-Sultan-Hisamuddin-Alam-Shah,-KL
Penyerahan Tajaan Akhbar Kepada Guru Besar SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, KL

3
Pelajar dari SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, KL

4
Persembahan Pengucapan Berirama Jemputan dari SK Jugra, Banting

Muat Turun :

Borang Penyertaan & Terma & SyaratClick Here To Download

Visit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook Page
Top
Menu Title