YEO’S CERIA RIA BERAMAL BERSAMA BINTANG MUSIM KEDUA MEMBUKA PELUANG WARGA MALAYSIA BERAMAL & MEMENANGI DUIT RAYA SEJUMLAH RM 58,000, RAMADAN INI

19hb April, BANGSAR… Ramadan yang berkat bertamu lagi bagi mengubat kerinduan Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), peneraju minuman dan makanan, berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia dengan menyeru warga Malaysia menyertai kempen bersama bintang-bintang terkenal dalam menyumbang kepada golongan yang paling memerlukan ketika Ramadan ini. Rezeki buat semua apabila yang menderma turut berpeluang memenangi Duit Raya dengan jumlah keseluruhan mencecah RM 58, 000!

“Atas inspirasi itu, Yeo’s melahirkan sebuah program mesra Ramadan yang begitu dekat dengan amalan ‘memberi’ ini. Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya adalah dibentuk bertujuan menyokong agar amalan baik sentiasa menjadi tradisi mulia,” kata Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia.

Majlis pelancaran program Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia; Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Pemasaran Yeo’s; Tan Kai Hong, Naib Presiden Kumpulan Jualan Yeo’s dan bintang-bintang terkenal – Shukri Yahaya, Kaka Azraff, AG, Heliza Helmi, Faizdickie dan Feeya Iskandar.

“Kali ini, minuman dan makanan yang menjadi peneman ketika berbuka puasa mampu menjadi sesuatu yang lebih apabila dengan setiap pembelian rangkaian produk Yeo’s lantas menjadi nilai derma yang direkodkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Penyumbang nilai derma ini juga akan berpeluang menerima duit raya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 58, 000,” ujar Ong.

Bintang-bintang yang terlibat dalam kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya Musim Kedua sempena Ramadan ini telah diwakili dengan rangkaian minuman Yeo’s dan rumah-rumah kebajikan yang dimanfaatkan masing-masing.

Pasukan Bintang Bintang Produk Yang Diwakili Senarai Rumah Yang Diwakili
1 Shukri Yahaya Yeo’s Yeogurt Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Kaka Azraff Yeo’s Yeogurt Rumah Kasih Nurul Hasanah, Kuala Lumpur
2 AG Yeo’s Laici Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa
Heliza Helmi Yeo’s Soya Teratak Nur Barakah, Shah Alam
3 Faizdickie Yeo’s Teh Kundur Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
Feeya Iskandar Yeo’s Krisantimum Rumah Kasih Harmoni, Kuala Lumpur

Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua ini akan berlangsung dari 1 Mei sehingga 25 Jun 2016. Semua lapisan masyarakat boleh memberikan sumbangan melalui pembelian rangkaian minuman dan makanan Yeo’s. Setiap nilai derma dikira apabila sumbangan disalurkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Penerimaan sumbangan dikira melalui penyertaan sebarang rangkaian minuman & makanan Yeo’s bersamaan dengan satu nilai derma. Pengumpulan sebanyak 20,000 mata derma, bermakna pasukan bintang berjaya mengumpul RM 3,000, manakala 80,000 mata derma mengumpul RM 4,000 dan 150,000 mata derma mendapat RM 8,000. Semua pengumpulan dermaan akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili bintang masing-masing. Berita baik buat yang ingin memberi lebih, Yeo’s akan menambah RM 10,000 buat pasukan bintang yang mengungguli kutipan nilai derma.

Bak kata pepatah, tangan yang menghulurkan adalah tangan yang mulia. Jadi bagi setiap yang menghulurkan derma, Yeo’s membuka peluang kepada mereka untuk turut berpeluang memenangi duit raya. Barisan hadiah merupakan wang tunai dengan jumlah yang besar. Penyumbang nilai derma berpeluang membawa pulang RM 10,000 yang merupakan hadiah utama, hadiah ke-2 juga menarik dengan jumlah RM 5,000, manakala RM 3,000 buat pemenang tempat ke-3. Tidak berhenti di situ, para penyumbang nilai derma juga berpeluang memenangi hadiah minggu bernilai RM 500 bagi 10 orang pemenang.

“Ini adalah sebuah kempen yang mempunyai kelainan dan memanggil saya untuk turut serta. Saya sebagai bintang walaupun dihimpit dengan jadual kerja yang ketat tetapi ingin turut serta dalam mengajak orang ramai membantu rumah yang saya wakili iaitu Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA),” kata pelakon drama terkenal, Shukri Yahaya.

“Saya mahu adik-adik Rumah Kasih Nurul Hasanah terus sihat dengan menjaga sistem penghadaman melalui Yeo’s Yeogurt. Jadi, bantu saya untuk bantu mereka dengan memberi nilai derma melalui kempen anjuran Yeo’s ini. Mari menjadi tangan yang memberi dan terus mengamalkan sikap menderma,” ujar Kaka Azraff yang terkenal dengan kelunakan suaranya.

“Apabila saya kembali dimaklumkan untuk bekerjasama bagi kempen musim kedua ini, saya boleh katakan hati saya memanjat rasa syukur. Ini kerana saya sungguh tersentuh apabila usaha yang Yeo’s juga kami sebagai bintang yang mewakili rumah kebajikan sampai kepada mereka yang memerlukan, tahun ini saya mahu usaha lebih keras untuk mengajak orang ramai untuk turut serta”, kata AG yang sudah menyertai kempen ini selama dua tahun berturut-turut.

“Selama tiga tahun berturut-turut saya telah turut serta dalam Kem Ramadan Yeo’s, ianya sebuah program yang cukup indah apabila hasil kempen selama 3 bulan diakhiri dengan 300 peserta serta bintang-bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan gotong-royong di rumah kebajikan yang kami wakili. Nak tengok saya menyampaikan nilai derma yang kita telah usaha kumpul bersama? Mari sertai saya di Kem Ramadan Yeos 2016 nanti” Ujar Heliza Helmi mewakili Yeo’s Soya turut akui setiap tahun penglibatan dia sentiasa belajar perkara yang baru.

“Saya telah dibawa melawat terlebih dahulu ke rumah yang saya wakili iaitu Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Ampang. Selepas itu, saya bertambah teruja untuk berjuang dalam mengutip nilai derma buat mereka yang memerlukan. Senyuman mereka adalah sangat berharga, terima kasih Yeo’s di atas pengalaman yang diberikan kepada saya buat tahun ini,” Kata Feeya Iskandar yang petah berbicara.

Yeo’s Kundur merupakan minuman yang tidak asing bagi saya kerana saya gemar minuman ini sejak kecil. Orang memandang saya sebagai penghibur di laman sosial Instagram, saya harap melalui sedikit pengalaman yang ada saya akan gunakan untuk membantu dan menyumbang dari segi emosi dengan membuatkan adik-adik di rumah yang saya wakili lebih riang,” ujar Faizdickie yang terkenal di media sosial.

Satu siri aktiviti “Jumpa & Salam” dengan bintang-bintang yang terlibat dalam kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya Musim Kedua juga akan berlangsung di pasaraya terpilih seperti yang telah dijadualkan berikut:

Tarikh Tempat Masa
6-Mei-16 MYDIN Mall, Gong Badak, Kuala Terengganu 4.30pm – 6.30pm
14-Mei-16 MYDIN Mall, Pelangi Indah, Johor Bharu 2.30pm – 4.30pm
21-Mei-16 MYDIN Mall USJ, Subang Jaya 1.00pm – 3.00pm
ALAMANDA Mall, Putrajaya 4.30pm – 6.30pm
28-Mei-16 MYDIN Mall Meru, Ipoh 2.30pm – 4.30pm
4-June-16 One Borneo, Kota Kinabalu 2.30pm – 4.30pm

Marilah beramal bersama Shukri Yahaya, Kaka Azraff, AG, Heliza Helmi, Faizdickie dan Feeya Iskandar, ramadan ini. Untuk mengetahui cara penyertaan, layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my dan menghubungi talian di 1300-80-2828.

1

L-R: AG, Heliza Helmi, Kaka Azraff, Tan Kai Hong; Naib Presiden Pertama Bahagian Jualan Yeo’s, Ong Chay Seng; Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia, Vincent Chui; Naib Presiden Pertama Bahagian Pemasaran Yeo’s , Faizdickie, Feeya Iskandar dan Shukri Yahaya.

Marilah beramal bersama barisan bintang melalui kempen ‘Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua. Kempen bermula 1 Mei 2016 hingga 25 Jun 2016.
#yeosberamalbersamalbintang.

2

Kumpulkan nilai derma melalui pembelian minuman & makanan Yeo’s sekaligus berpeluang menang sehingga RM 58,000 duit raya.

Visit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook Page
Top
Menu Title