‘YEO’s I LOVE MALAYSIA MUSIM KEDUA’ IKUTI #RentakBahagia DUTA YEO’s YEOGURT, AKIM & STACY

28 JULAI, SUBANG JAYA... Meraikan Ogos sebagai bulan yang penuh cinta, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), syarikat peneraju minuman dan makanan yang terkenal, menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan melancarkan Kempen Yeo’s ‘I Love Malaysia’ musim kedua berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober. Dimeriahkan dengan kehadiran duta Yeo’s Yeogurt, Akim Ahmad dan pasangannya, Stacy Anam, mengajak seluruh rakyat untuk mengikuti #RentakBahagia Malaysia sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan.

Yeo’s telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957 dan pesat berkembang bersama Malaysia sejak sekian lama. Tahun ini, Yeo’s berasa bangga kerana kita dapat meraikan bulan patriot yang penuh kebahagiaan menerusi kempen ‘Yeo’s I Love Malaysia’ musim kedua dengan tema #RentakBahagia, di mana kempen ini membawa warga Malaysia menjiawai rasa cinta serta perasaan bahagia terhadap negara kita yang utuh perpaduannya,” kata Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan Yeo’s Malaysia & Indonesia.

“Hari ini, bersama kita ada duta Yeo’s Yeogurt, Akim Ahmad yang telah bersama kami selama dua tahun berturut-turut. Kini, kami dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran Stacy Anam yang turut menjadi duta Yeo’s Yeogurt. Mereka merupakan pasangan hangat yang menjadi kegemaran warga Malaysia. Mereka adalah lambang ‘bahagia’ yang sentiasa dicontohi semua,” tambah Ong lagi.

Majlis pelancaran Kempen Yeo’s ‘I Love Malaysia’ musim kedua ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Bahagian Pemasaran Yeo’s.

Ikuti #RentakBahagia Akim & Stacy

Pasangan duta Yeo’s Yeogurt yang turut bekerjasama dengan mengikuti Kempen ‘Yeo’s I Love Malaysia’ musim kedua ini adalah bersesuaian dengan kehidupan mereka yang ‘bahagia’ melalui perkahwinan antara dua kaum dan latarbelakang berbeza di Malaysia yang sangat Indah. Penyatuan mereka merupakan tanda kekuatan yang telah tersemai lama. Mereka juga yakin dengan Yeo’s yang menjadi minuman sewaktu zaman kanak-kanak sehingga detik perkahwinan mereka.

“Sebagai pasangan duta Yeo’s Yeogurt yang baru, kami berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini. Saya dan Stacy sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil, dan kebanyakannya adalah berkait dengan Yeo’s! Begitulah besarnya impak minuman Yeo’s dalam kehidupan saya dan juga isteri. Saya amat menyakini kualiti serta kehalalan yang ditampilkan oleh Yeo’s sejak sekian lama,” ujar Akim Ahmad selaku duta Yeo’s Yeogurt juga selebriti yang bakal memeriahkan Jelajah ‘Yeo’s, I Love Malaysia’ musim kedua.

Yeo’s sinonim dengan minuman dan makanan yang tidak asing di hati warga Malaysia. Saya merupakan peminat minuman Yeo’s Yeogurt sejak dari awal lagi. Minuman ini mudah dijumpai di mana-mana jua dan mempunyai nutrisi dan khasiat yang bersesuaian untuk saya yang sentiasa sibuk. Yeo’s sentiasa berusaha dalam menghidangkan minuman yang berkualiti dan berkhasiat kepada orang ramai, ianya juga amat sesuai dinikmati seisi keluarga kecil saya,” kata Stacy Anam yang juga pasangan duta Yeo’s Yeogurt.

Raikan Bulan Kemerdekaan Dengan Yeo’s

Sempena kempen ‘Yeo’s I Love Malaysia’ musim kedua dan ketibaannya bulan Kemerdekaan, Yeo’s bakal mengadakan jelajah di pusat membeli-belah terkemuka seluruh Malaysia pada tarikh yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti disediakan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan dan menggamit keutuhan warga Malaysia yang berjiwa patriotik. Orang awam boleh hadir dan sertai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pelbagai permainan pentas, ambil gambar di stesen foto dan juga boleh mendapat tawaran pembelian istimewa. Menariknya, jelajah ini akan disemarakkan lagi dengan kehadiran Akim & Stacy bagi sesi bertemu peminat, mereka juga akan turut mendendangkan lagu untuk menghiburkan warga Malaysia.

Tempat Tarikh Masa
East Coast Mall, Kuantan 28 – 31 Julai 2016 10pagi hingga 10malam
1 Borneo, Kota Kinabalu 19 – 21 Ogos 2016 10pagi hingga 10malam
Setia City Mall, Selangor 1 – 4 Sept 2016 10pagi hingga 10malam
Queensbay Mall, Pulau Pinang 29 Sept – 2 Okt 2016 10pagi hingga 10malam
29 Sept – 2 Okt 2016 7 – 9 Oktober 2016 10pagi hingga 10malam

Cabaran Instagram #RentakBahagia, Bawa 3 Pasangan Ke Korea!

Berhasrat menjadikan ruangan media sosial sebagai luahan cinta, Yeo’s turut melancarkan cabaran Instagram #RentakBahagia bermula 28 Julai hingga 15 Oktober dengan misi dalam mengumpulkan 10,000 foto & video berkisarkan kecintaan yang bermula daripada keluarga, rakan-rakan, komuniti, sekeliling, juga negara kita tersayang. Cabaran ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

#RentakBahagia Foto

      1. Ambil foto yang berkonsepkan ‘cinta’, contohnya – foto keluarga, kawan karib dan sebagainya.
      2. Muat naik foto ke laman Instagram individual masing-masing.
      3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt. hashtag tambahan adalah dibenarkan.
      4 .Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

#RentakBahagia Video

      1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim & Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. (*Lagu boleh didapati di laman Youtube Yeo’s Malaysia pada 20 Ogos 2016).
      2. Muat turun video ke laman Instagram individual masing-masing.
      3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, hashtag tambahan adalah dibenarkan.
      4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

Cabaran ini membuka peluang kepada orang ramai membawa orang yang tercinta ke Korea. Tiga pemenang utama akan menerima tiket percutian ke Korea bersama pasangan, manakala 11 hadiah saguhati ke taman tema seperti Sunway Lagoon, Lego land dan sebagainya bersama keluarga tercinta. Pastikan laman Instagram adalah umum (‘public’).

“Dengan harapan yang besar, saya berharap kita semua dapat turut sama menyertai program yang tersenarai dan mengambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa cinta ini baik untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, komuniti serta negara tercinta kita,” seru Ong pada majlis perasmian ini.

Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya , layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.

pc1

Yeo’s ‘I Love Malaysia’ Musim Kedua telah dilancarkan, Yeo’s membuka langkah dengan membawa seluruh warga Malaysia mengikuti #RentakBahagia sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia.

pc2

Duta Yeo’s Yeogurt, Akim & Stacy – Mengajak seluruh warga Malaysia untuk bertemu mereka menerusi jelajah Kempen Yeo’s I Love Malaysia Musim Kedua di pusat beli belah seluruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.yeos.com.my.

pc3

#RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, sebuah cabaran Instagram yang terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Sebarkan ‘bahagia’ sempena bulan kemerdekaan. Bermula 28 Julai hingga 15 Oktober 2016. Sertailah dan rebut peluang ke Korea bersama yang tersayang. ‘Follow’ laman Instagram rasmi @yeosmalaysia

pc4

Sebarkan Bahagia… Yeo’s menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan melancarkan Kempen Yeo’s ‘I Love Malaysia’ musim kedua berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober. Dimeriahkan dengan kehadiran duta Yeo’s Yeogurt, Akim Ahmad dan pasangannya, Stacy Anam, mengajak seluruh rakyat untuk mengikuti #RentakBahagia Malaysia sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan.

pc5

Ikuti #RentakBahagia Bersama Akim & Stacy!

Visit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook Page
Top
Menu Title