#YEOSBELANJA 10,000 KOTAK YEO’S KRISANTIMUM DAN TEH HIJAU JASMINE KE SELURUH MALAYSIA MEMBERI MESEJ AGAR KEKAL SEGAR KETIKA CUACA PANAS MELAMPAU

22 April, Petaling Jaya… Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), peneraju minuman dan makanan Malaysia, mengalas tanggungjawab dalam memberi kesedaran kesihatan kepada orang ramai melalui initiatif tanggungjawab korporat dengan mengedarkan 10,000 kotak Yeo’s Teh Krisantimum, Yeo’s Kundur, Teh Hijau Jasmine bagi menghadapi cuaca panas melampau yang melanda Malaysia.

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks merupakan peristiwa yang berlaku setiap tahun di bulan Mac juga September. Kejadian ini terjadi apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dan terjadilah cuaca panas. Lapisan ozon yang makin tipis menyebabkan pendedahan cahaya matahari yang lebih terik akan dirasai oleh semua orang terutamanya Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa. Cuaca panas akan menyebabkan kesihatan terjejas apabila terdedah lama dibawah sinaran matahari.

Yeo’s melancarkan inisiatif mengagihkan 10,000 kotak Yeo’s Teh Krisantimum dan Teh Hijau Jasmine kepada warga Malaysia dengan hasrat saling mengingatkan mengenai perubahan cuaca dan agar sentiasa menjaga kesihatan. Seperti sedia maklum, Yeo’s Teh Krisantimum diperbuat daripada pembruan bunga kekwa Morifolium yang segar. Ianya juga mempunyai kesan anti piretik dimana dapat melegakan rasa rengsa kerongkong dan panas badan. Kesegaran Yeo’s Teh Krisantimum boleh didapati dalam kotak sedia-minum dan kandungannya adalah kurang gula.

Initiatif kali ini lebih meriah kerana 10,000 kotak minuman Yeo’s Teh Krisantimum diedarkan ke seluruh Malaysia. Minuman percuma ini akan diedarkan di kawasan yang padat dengan orang ramai seperti stesen LRT, pasar besar, kolej, universiti, hospital dan beberapa kawasan lain. Initiatif ini berlangsung dari 12 April dan berterusan hingga akhir April. Setiap orang yang lalu atau singgah di kawasan di mana pasukan Yeo’s berada berpeluang mendapat sekotak Yeo’s Teh Krisantimum serta Teh Hijau Jasmine secara percuma, tajaan #Yeosbelanja.

Untitled-1

#yeosbelanja… Pelajar dari SMK Bandar Tasik Putri, Rawang turut gembira menerima Yeo’s Teh Krisantimum dan diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan pada musim panas yang berpanjangan ini

Pelajar-Dari-SMK-BandarTasik-Putri,-Rawang1

#yeosbelanja… Pelajar dari SMK Bandar Tasik Putri, Rawang dinasihatkan supaya sentiasa menyegarkan badan dengan Yeo’s Teh Krisantimum pada musim yang melampau ini.

Visit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook PageVisit Our Facebook Page
Top
Menu Title