Kacang Pol Ala Yeo’s

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 1 tin 425gm Kacang Panggang Yeo’s
  • 1 tin 411gm kacang pol dicincang
  • 1 tin tomato dicincang
  • 3 biji bawang Bombay dipotong dadu
  • 3 biji tomato segar dipotong kasar
  • 2 kiub stok ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma daging(tambah sedikit air supaya menjadi pes)
  • 1 tin 280gm Kari Ayam Yeo’s diambil isinya
  • 1 sudu kecil herba parsley kering
  • 2 helai daun bay
  • 2 cawan air
  • Garam dan lada secukup rasa
  1. Tumis bawang Bombay sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma daging dan masak sehingga garing.
  2. Seterusnya, masukkan tomato segar, daun bay, herba parsley kering dan stok ayam lalu tumis sehingga separuh masak.
  3. Kemudian, masukkan air, tomato cincang, kacang pol dan Kacang Panggang Yeo’s.
  4. Reneh sehingga masak. Masukkan isi Kari Ayam Yeo’s sebelum dihidang.
  5. Tambahkan garam dan lada mengikut cita rasa anda.
Tips:
  • Anda boleh menggantikan ayam dengan Kari Lembu Yeo’s mengikut cita rasa anda.
  • Enak dihidangkan dengan roti ataupun dimakan bersama nasi panas.