Kuih Gulung Savauri Rendang Ayam

Saiz Hidangan : 2 – 3 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
Inti :
  • 1 tin Rendang Ayam Yeo’s
Kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
Inti :
  1. Panaskan Rendang Ayam Yeo’s. Ketepikan.
Kulit:
  1. Campurkan tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan kacau rata.
  3. Masukkan telur dan kacau lagi hingga adunan sebati.
  4. Masukkan pewarna kuning dan kacau agar adunan rata.
  5. Panaskan pan dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan adunan mengikut citarasa anda.
  6. Apabila masak alihkan dan isikan dengan Rendang Ayam Yeo’s tadi dan gulung dengan kemas. Sedia untuk dihidangkan.

Tip: Lempeng harusnya tidak terlalu garing supaya proses membalut nanti tidak sukar. Kari Ayam Yeo’s boleh diganti selain menggunakan Rendang Ayam Yeo’s.