Martabak Ikan Sardin Mi Cintan Tom Yam

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 2 peket Mi Cintan perisa Tom Yam (celur hingga separuh masak dan tuskan)
  • 1 tin Sardin Yeo’s (dibilas dengan air dan dicencang kasar)
  • 1 batang lobak merah (disagat)
  • 1 biji bawang Bombay (dipotong dadu)
  • 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan Sardin Yeo’s, kacau sehingga separuh masak.
  2. Masukkan bahan yang telah ditumis dengan Mi Cintan.
  3. Tambahkan serbuk perisa tom yam dan minyak Mi Cintan Tom Yam, kacau dan masukkan telur. Gaul sehingga sebati.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam pan dan tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam pan. Masak hingga garing.
  5. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar supaya martabak tidak hangit. Enak dihidangkan dengan acar bawang atau mayones.

Tips: Minyak yang digunakan untuk menggoreng haruslah betul-betul panas supaya hasil gorengan kita betul-betul garing.