Mi Cintan Lasagna

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 4 keping Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan dicelur separuh masak (biarkan berkeping-keping)
Sos Daging:
  • 200gm daging batang pinang dihiris nipis
  • 2 biji bawang Holland dicincang halus
  • 1 tin tomato dalam tin
  • 1 cawan air
  • 4 sudu sos tomato
  • 1 biji kiub ayam
  • 1 sudu teh herba Parsley kering
  • Garam dan lada secukup rasa
Bahan Sos Keju:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan keju cheddar parut
  • 2 cawan susu segar
  • Sedikit lada
  • Sedikit keju cheddar untuk ditabur sebelum dibakar
Sos Daging
  1. Tumiskan bawang Holland sehingga naik bau, masukkan tomato dalam tin dan masak sehingga tomato mereneh.
  2. Kemudian masukkan daging, stok ayam dan sos tomato dan air, masak seketika.
  3. Tambahkan Parsley kering dan ubah suai rasa dengan garam dan lada.
  4. Reneh sehingga daging empuk dan ketepikan.
Bahan Sos Keju
  1. Panaskan susu kemudian masukkan keju cheddar dan panaskan sehingga adunan sebati.
  2. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit, panaskan sehingga pekat dan tidak bergumpal. Ketepikan.
Lasagna
  1. Tuangkan sedikit minyak ke dalam acuan dan sapu rata.
  2. Kemudian susunkan Mi Sanggul Tanpa Goreng Cintan ke dalam acuan.
  3. Selepas itu, tuangkan adunan sos daging dan pastikan disusun rata.
  4. Seterusnya, tuangkan sos keju dan ulang sekali lagi proses tadi.
  5. Akhir sekali taburkan keju cheddar kemudian bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit sehingga masak.
  6. Pastikan lasagna disejukkan dahulu sebelum dihidangkan.