Nasi Beriani Kari Ayam Yeo’s

Saiz Hidangan : 4 – 6 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
bahan untuk nasi beriani:
  • 4 cawan beras basmati dibersihkan dan ditos
  • 40gm rempah beriani
  • 3 helai daun pandan
  • 2 batang serai dititik
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji bawang Bombay dimayang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji lada hitam
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 5 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
bahan untuk penyediaan ayam:
  • 3 tin 280gm Kari Ayam Yeo’s
  • 20gm rempah beriani
  • 1 batang serai dititik
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Minyak untuk menumis
Cara memasak nasi beriani:
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan serai dengan rempah tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah beriani dan tumis sehingga garing lalu masukkan beras.
  3. Selepas itu masukkan air dan kacau sehingga semua bahan rata.Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
  4. Akhir sekali, titiskan beberapa pewarna kuning dan biarkan sehingga nasi betul- betul masak.
Cara memasak ayam:
  1. Tumiskan serai dan rempah beriani dengan minyak sapi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan Kari Ayam Yeo’s dan gaul hingga mesra.
  3. Apabila sudah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi.
  4. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Tips:

Nasi beriani enak dihidangkan dengan jelatah timun, telur rebus dan juga daun salad.