Nasi Goreng Dengan Taucu Masin

Saiz Hidangan : 2 – 3 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 3 sudu besar Taucu Masin Yeo’s
  • 3 ulas bawang putih (dicencang halus)
  • 200g sotong (dihiris nipis)
  • 1 batang lobak merah (disagat)
  • 5 batang kacang panjang (dihiris nipis)
  • 2 biji telur (dipukul)
  • Sedikit cili padi (dihiris)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan sotong dan goreng hingga separuh masak.
  3. Seterusnya, masukkan Taucu Masin Yeo’s dan kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan gaul agar bahan sebati.
  5. Masukkan lobak merah dan kacang panjang dan gaul lagi.
  6. Masukkan telur yang sudah dipukul dan kacau rata.
  7. Akhir sekali masukkan cili padi dan kacau nasi supaya semua bahan mesra. Sedia untuk dihidangkan.