Pankek Kaya dan Coulis Buah Markisa

Saiz Hidangan : 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 1 tin 480gm Seri Kaya Yeo’s
  • 2 cawan tepung gandum diayak
  • 3 susu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan susu segar
  • 1 biji kulit lemon
Coulis Buah Markisa
  • 3 biji isi buah markisa
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh Seri Kaya Yeo’s
  1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam.
  2. Kemudian campurkan Seri Kaya Yeo’s (tinggalkan satu sudu kaya untuk coulis buah markisa) dan susu dalam satu bekas lalu gaulkan sehingga sebati.
  3. Seterusnya, campurkan sebatian itu dengan adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
  4. Masukkan kulit lemon dan kemudian perap selama sejam di dalam peti sejuk sebelum digoreng.
  5. Panaskan pan dan goreng pankek sehingga masak.
Coulis Buah Markisa
  1. Panaskan isi buah markisa dan gula sehingga pekat.
  2. Kemudian masukkan satu sudu kaya dan gaul sehingga sebati.
  3. Curah di atas pankek dan sedia untuk dihidangkan.