Puding Karamel Kaya Soya Yeo’s

Saiz Hidangan : 6 – 8 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 1 tin 480gm Seri Kaya Yeo’s
  • 1 1⁄2 peket 250ml Susu SoyaYeo’s
  • 3 biji telur gred A
  • 1⁄2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil garam
  • 1⁄4 cawan gula untuk karamel
  1. Panaskan gula di dalam loyang sehingga cair dan bertukar warna perang.Ketepikan.
  2. Kemudian, pukul telur dan masukkan Seri Kaya Yeo’s dan pukul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan garam, esen vanila dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Pastikan sebati.
  4. Seterusnya, tuang Susu Soya Yeo’s sedikit demi sedikit dan gaul. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Masukkan ke dalam loyang tadi lalu kukus selama sejam sehingga masak.
  6. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Tips:
  • Pastikan air mencukupi untuk mengukus.
  • Untuk mendapatkan puding yang licin dan cantik adunan boleh ditapis sebelum dituang ke dalam loyang.