Puding Roti Seri Kaya

Saiz Hidangan : 4 – 6 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
Puding :
  • 8 keping roti putih atau wholemeal (dipotong kiub sederhana besar)
  • 3 biji telur (dipukul hingga kembang)
  • 5 biji pisang (dibelah dua)
  • 1 tin Seri Kaya Yeo’s (300g)
  • ½ cawan minyak jagung
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 500ml susu segar
  • Garam
Krim Anglaise :
  • 200ml susu segar
  • 50gm gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit garam
Puding :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Campurkan telur, Seri Kaya Yeo’s dan minyak, kacau sehingga rata.
  2. Tambahkan susu, esen vanila dan garam. Kacau hingga sebati.
  3. Susunkan roti dan pisang ke dalam loyang dan tuang adunan tadi. Biarkan seketika supaya adunan meresap ke dalam roti.
  4. Bakar selama 45 minit sehingga masak.
Krim Anglaise :
  1. Panaskan susu dengan santan (tapi tidak mendidih).
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan tuangkan sedikit susu panas ke dalam mangkuk telur. Kacau dan tuangkan kembali ke dalam periuk susu tadi.
  4. Sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. Kacau sehingga pekat.
  5. Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama puding roti Seri Kaya Yeo’s tadi.
Tip:
  • Hidangan ini boleh dibahagikan dua cara, sama ada panas atau sejuk.
  • Pelbagai jenis buah kering ataupun segar boleh dimasukkan ke dalam puding ini untuk memberikan sedikit kelainan.