Udang Tumis Dengan Taucu Manis

Saiz Hidangan : 3 – 4 orang

Download Recipe
IngredientsInstruction
  • 500g udang harimau bersaiz besar
  • 4 sudu besar Taucu Manis Yeo’s
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • ½ cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit cili padi (dihiris)
  • Minyak untuk menumis
  1. Gaulkan udang dengan sedikit garam dan biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan Taucu Manis Yeo’s, cili padi dan goreng sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan udang dan kacau agar bahan sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan air dan gaul rata sehingga udang masak.
  6. Enak dihidangkan dengan nasi panas.

Tip: Selain daripada dihidangkan dengan nasi putih panas, hidangan juga enak dinikmati dengan mi rangup (crispy noodle). Pastikan udang tidak terlalu masak supaya isinya tidak melekat.